Saturday, July 30, 2011

Aku...

Aku...
Alhamdulillah, walaupon ada endo aku telah mempunyai seorang cahayamata lelaki berusia 5 tahun..Nasibku mungkin lebik baik berbanding wanita lain yg masih ternanti-nanti zuriat.aku disahkan endo pada tahun lepas bulan 5.semuanya gara2 tak conceive utk kali ke 3..conveive ke 2, hanya sempat bertahan 6minggu sahaja,then keguguran.lebih setahun lepas keguguran, aku masih lagi tidak pregnent. Kemudian, sesaja gi jumpa Pakar OnG Columbia Asia Hosp. Dr.Raja Juhaidah suggest buat laparoskopi utk menentukan keadaan sebenar(dia da suspek aku endo time ni).terus je aku setuju, tak prlu tanya en.zarizi sebab aku da tau jawapan yg dia bagi...'ikut awak la nak buat ke taknak' (jangan marah hehe)..
operation berjalan lancar dan aku disahkan endo stage II..amek lucrin selama 6 bulan, dan efeknya selama 10bulan aku tak period.bulan ke 11, period datang..tapi period selepas lucrin ni sangat tak teratur.kalau sebelum ni, cycle between 28-30 days.skang ni kejap 30,28,36,40 days..huaaaaaa
Dan dah 4 bulan jugak lah aku try nak conceive,tapi sampai skang tak berhasil lagi...huaaaaaa (lagii)..period pain pon da start kembali,risaunya...
Mungkin endo ni occur disebabkan kejadian miscarriage dulu (darah tumpah ke luar rahim) dan jugak disebabkan kerja aku yg sangat mengstresskan aku!agaknya aku kena tukar job yg mild kot, maybe housewife?hahaha 
Dan aku mula belajar untuk menerin\ma takdir andainya anak aku hanya sorang..Allah lebih mengetahui segalanya..besides full time job, aku jugak student Master part time...badan penat, otak lagi la penat!

1 comment: