Saturday, July 30, 2011

Biarkan si Luncai Dengan Labunya

Interesting, right? and the most important ianya boleh digunakan dalam apa jua keadaan, penuh makna  :)
aku suka sentence nie...biarkan saja, walaupon hati ini pedih, menangis, marah dan macam-macam lagi tpi aku percaya ada hikmah disebaliknya..Teringat ayat seorang insan yg aku hormati, mulut tempayan boleh ditutup tapi mulut manusia tidak.mula2 potpet potpet lama2 diam la.kalau takde peniup bara masakan timbulnya api..InsyaAllah akan ada ganjaran bagi insan yang sabar. Dan aku juga turut menanti saat itu, insyaAllah. 

masalah..masalah..masalah..

dalam bulan julai ni  banyak betol masalah yg kami hadapi... :(
orang lain yg bermasalah dan mendatangkan masalah pada diri kita.. tak suka nyer..bermula dengan cousin aku kena denggi hingga seminggu lamanya.ulang alik ke hospital, fuhh penat.tapi nak buat camne,dah kami-kami ni insan perantau,keluarga duduk jauh.terpaksa la kami saling tolong menolong sesama.abih je minggu denggi, timbul plak minggu mistik+psycho..nak tau ape?
Jeng..Jeng..Jeng...bikin suspen sket hahaha
Datang plak adik ipar aku (aka adik hasben ku) yg keja bawah hasben ku..penuh mistik ah budak nie..di pendekkan cerita,mamat ni rupanya mengamalkan benda2 syirik..kononnya nak bagi orang nampak dia ni garang,lastly makan diri sendiri..yang susahnya,kitorang laki bini..bayangkan la dlm seminggu tidor kami tak lena disebabkan mamat ni menumpang tidor di rumah kami.kang tetiba di buatnya mamat tu meroyan tikam kami semua huhuhu...pastu,laki aku nak buat kerja pon susah,nak kena jaga budak besar yg psycho nih..haisshh! then kena bawak dia gi berubat plak..kalau aku senang jer,bawa mamat ni gi jumpa doktor mental...dahhh setel.tapi tu la,tak pasal2 kena marah ngn mak dia plak..ye la orang tu punye mentaliti mesti taknak cakap yg anak dia mental kan?bagi aku,jumpa doktor tak semestinya ko tu gile! lastly abih je seminggu,mak dia bawak balik kampung...(oppss cite ni x abis lagi tauu)
Yang ke 3,
time tu jugak ler aku xsiden..bukan melanggar, tapi dilanggar tau oleh van skolah haram!makcik yang bawak..aku drive memang ikut jalan yg betul,jalan straight.makcik ni tetiba keluar simpang belah kiri aku dan rempuh aku yang tengah driver.hermmm...ape lagi,keta aku terbabas ler ke atas divider tengah jalan tu.nasib ada divider,kalau xde?agak2 parah jugak kena hentam ngn keta belah sana..nasib aku slamat,tapi keta le yg teruk..rim 2 bijik pecah. yang blakang tu hasil rempuhan makcik tu,yg belah depan disebabkan terbabas ke divider..lagi?ooo tayar koyak,keta kemek,skirting depan hancur,tangki air pecah etc...bincang punye bincang,orang tu nak bayar sebab dia xnak buat report..mungkin sebabnya dia takde lesen, or van skolah haram?uihhh tu kalau report tu,banyak jugak dia kena saman..saman langgar,saman van skolah haram..
orait..back tu adik laki aku punye story....
semalam dia dah datang balik ke puchon ni setelah 2 minggu berehat di kg.masa kat kg,laki aku cakap dia dah ok.tapi bila sampai sini,dia macam still rasa ade something yg perhatikan dia..dah mula ajak gi berubat lagi..pada pendapat aku,berubat la macammana pon tapi kalau diri sendiri tak berubah maka ko akan still macam tu jugak..cuba lah kuatkan amalan agama ke,sibukkan diri dengan aktiviti berfaedah ke..then barulah ko dapat keluar dari semua psyho yg melanda diri ko tu. Ni kejap2 nak bergantung pada bomoh la,ustaz la...pagi tadi, dia ajak laki aku gi jumpa sorang ustaz yg boleh dikatakan tersohor la..pepagi lagi diorang pegi sana..ok, untuk register nama je kena byr rm70, bila dah abis rawatan bayarannya rm250..huhu,mahal tu.mamat ni dah la x keja,mana dia nk dpt duit?
aku ade jugak bgtau hasben,takyah la ikutkan sangat karenah mamat ni,asyik2 nk jumpa ustaz n bomoh..kuatkan diri tu,baru ko boleh lawan benda2 -ve tu.mat la weh nak berubat je kerjanya..abis tu,xnak kerja ke?kalau ko tak kerja,mana ko nak cekau duit?kitorang laki bini ni bukan byk duit,cukup2 makan kami 3 beranak je.takkan kami kena support kos2 bomoh dia?isshhh...baik duit tu aku simpan dlm ASB..bukan aku tak bagi hasben tolong adik dia,tapi tolong tu biar berpada..mamat ni bukannya kecik lagi,dah besar dah...umur dlm 28@29 kot...sebelum ni,mamat ni memang tak ngam ngan aku,mungkin aku ni jenis tegas. kalau tak puas hati, aku sound direct jer.ada la jugak aku berkecil hati..dengan ipar@biras aku yg lain,mamat ni bawa tunang dia gi jejalan umah derang,tapi dia x bawa jumpa aku sebab dia tak suka kat aku..anyway,aku pon tak kempunan nk jumpa tunang dia tu,sebab nya banyak lagi benda penting aku nak pikir..
But da most important---->bila time dia susah camni,mula la cari kami hahahaha...ermmm manusia,manusia..

Wednesday, May 18, 2011

Lagi seminggu aku n famili akan bercuti ke bandung..yahuu,tapi di sebalik kegembiraan nak bercuti tu,ada jugak debaran.debaran macammana la kt tempat orang,selain dari malaysia ku tercinta.banyak jugak la tips yang aku baca dr blog2. Skang ni aku da berjaya tukar wang rp sebanyak 6 juta.wow!kaya..kaya..kalo kt sini,6juta dah dapat banglo 2 bijik. Yang 6juta ni duit aku jer,blom masuk duit mak n adik2 aku lagi.klakar betol la,mak aku siap bank in kan duit 2 kali utk aku beli barang dia kt sane.bila ajak gi,taknak!isshhh..rasa2 aku la,mau dlm 8 juta aku bawa pegi sana ni.abeh,kalo shopping banyak2 sape yg nak jadi tukang angkut?erm..try carik la kot2 ada orang kat sana yg nak tolong.nanti aku bayar la upah,kan?kan?

Sunday, May 8, 2011

alkisah sepagi di Imegresen

Memandangkan tarikh percutian ke Bandung makin hampir,kami 3 sefamili decide utk buat pasport.lokasinya di imegresen shah alam.sib baik ler imegresen buka ari ahad,kalo x rabak le cuti AL aku huhu..ok,berbalik pd cite buat pasport ni,memula skali: 1)gi amek gambar..kat situ dah disediakan tempat amk gambar..4keping rm 10.2)isi borang..pastikan semua dokumen ori n copy da tersedia 3)nanti org kaunter tu akan cek borang n dokumen.pastu baru dia bagi no..ermm yg no giliran ni,paling x best.ramainya org!sblm aku ada lg 40org..si arif plak da mcm kera kena belacan..nangis2 sbb lama sgt.lastlt after sejam baru la sampai giliran kami. 4)pastu tunggu nak bayar..rm100 tiap sorang termasuk la kanak2..5)tunggu sejam lg baru le dpt collect pasport.. Sementara nak siap,kami gi mkn kfc dulu sebab da janji ngn arif nk blanja kfc.. Opss by the way,kalo kanak2 dia kena gi amek sendiri pasport,nanti nak kena cop ibu jari.yang klakarnye,ade 1 famili cina sebelah kaunter aku.anak dia lebih kurang sama baya ngn arif.menangis2 meronta2 takut cop ibu jari.bkan takat kami n akak kaunter je yg senyum2,ngn mak bapak dia pon dok ketawa sama tengok gelagat anak dia..hehehe

Sunday, April 3, 2011

aktiviti hujung minggu

ahaaaa..ni la aktiviti aku n uno(adik) di waktu ujung minggu..menyiapkan bunga telur untuk majlis perkahwinannya bln 6 nie..
 bunga stokin simple-simple jer..uno kata dia nak bajet.lgpon nk bagi kt orang,nanti org buang jgk hehehe..
 kaler ijau tu kami buat utk belah lelaki bagi kt pompuan time sambut menantu.yg kaler pink tu dari kami pihak pompuan utk pihak lelaki

 haaa..yang ni pon buat sendiri..lagi berbaloi dari beli kt kedai..rega sekuntum kt kedai RM3.50..yg ni senang sket nak buat,masa pon x lama
 ni antara bahan2 nya................
lagi satu,bunga dip kaler merah kuning,tp xde gambar...hehehe

seafood kuala selangor

sabtu lepas pegi kuala slangor,hajat dihati nak beli seafood.so kami pun bergerak la menuju pantai remis..rupa pantai ni biasa je,PD lg cantik..but most important dapat ler grab kerang,ketam nipah,lala..kerang yg saiz besar rega RM3,yg kecik RM1.50..so of course le amek yg besaarrr punye!sruuppp cedapnyer...

 Arif beria-ia mintak dibelikan layang2 burung hantu..seketul 15 hinggit...
 anak dan bapa sama-sama layan layang-layang



 muka tengah hepi...ermm tunggu la dah lama sket kompem masam, sebab duduk lama dlm keta harharhar
 arif cakap ni ikan askar!

 ikan-ikan kat pasar pasir penambang..pegi pon dah petang,so ni je la yang tinggal
 udang lipan peberet zarizi..last2,makan 4ketul dah kena allergic..sian dia..alamatnya kena makan hewan darat je la

on da way balik...fuhhh penat + ngantuk